Awda perlu mendaftar untuk akaun e-Darussalam dengan langkah-langkah berikut:
Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam [pemegang Sijil Pengenalan Brunei Darussalam (CI)] dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam [pemegang pasport negara asal] tidak boleh mendaftar haji menerusi Bruhaj.
Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam boleh mendaftar haji secara manual dengan membuat urusan terus ke Jabatan Urusan Haji.
Hanya Warganegara Asing yang berkahwin dengan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam sahaja yang boleh mendaftar haji akan tetapi secara manual dengan membuat urusan terus ke Jabatan Urusan Haji.
Biskita dimestikan untuk mempunyai nombor telefon bimbit (talian Brunei Darussalam sahaja) dan akaun e-mel yang aktif, walau bagaimanapun, biskita boleh menggunakan nombor telefon bimbit (talian Brunei Darussalam sahaja) dan akaun e-mel ahli keluarga terdekat kerana maklumbalas mengenai pendaftaran haji pemohon akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan E-mel dan juga bagi memudahkan pihak Jabatan menghubungi pemohon bagi sebarang keperluan.
Tiada halangan untuk mendaftar haji. Walau bagaimanapun, menurut Irsyad Hukum bilangan: 26/2008- Hukum perempuan bermusafir untuk mengerjakan haji adalah seperti berikut:
i. Haji Fardhu:
ii. Haji Sunat: